Simpanan Gold Saving Maybank & Public Bank

Selain membeli emas fizikal, kini anda boleh membeli emas menggunakan akaun simpanan emas.

Di Malaysia terdapat 2 bank yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu:

1. Public bank – Gold Investment Account (GIA)
2. Maybank – Gold Saving Passbook Account (GSPA)

Saya telah pergi ke Public Bank dan Maybank untuk mendapatkan maklumat mengenai skim simpanan emas dan ingin berkongsi maklumat ini dengan anda.

Mari kita lihat satu persatu:


Public Bank Gold Investment Account

Public Bank menyediakan perkhidmatan akaun pelaburan emas (Gold Investment Account).

Akaun pelaburan emas Public Bank ini tidak memberikan interest, sebaliknya keuntungan adalah daripada kenaikan harga emas.

Untuk membuka akaun ini, anda cuma pergi ke cawangan Public Bank yang berhampiran. Jumpa pegawai customer service dan beritahu bahawa anda ingin membuka akaun gold investment.

Amaun minimum untuk membuka akaun ini ialah 20 gram (ikut harga emas semasa). Untuk pembelian emas seterusnya minimum ialah 5 gram

Sebagai contoh, jika harga semasa emas ialah RM100/gram, maka anda kena sediakan RM2000 sebagai permulaan. Harga emas akan berubah hari-hari mengikut harga emas semasa.

Jika anda hendak mengeluarkan wang (istilah: menjual kepada bank ) maka bank akan mengira jumlah gram emas dalam akaun anda darab harga jualan bank.

Contohnya.

Katakan rate pada 1 Julai 2008 ialah:
harga jualan emas = RM98 per gram ( harga bank jual pada anda)
harga belian emas = RM95 per gram (harga bank beli daripada anda)

Jika anda hendak membeli 5 gram emas, maka anda kena bayar RM98 x 5gram = RM490
Jika anda menjual 5 gram emas kepada bank,
maka bank akan membayar anda RM95 x 5 gram = RM475

Untuk memastikan akaun ini aktif, pelanggan perlu mengekalkan sekurang-kurangnya 2 gram didalam akaun. Servis cas RM10 akan dikenakan pada awal tahun sekiranya jumlah emas didalam buku simpanan kurang dari 10 gram pada hujung tahun.

Semasa saya ke Public bank untuk melihat harga emas (dalam lingkungan 13-23 Jun 2008)

Saya dapati harga jualan dan belian emas Public Bank adalah seperti berikut:

harga jualan = RM95.96 / gram
harga belian = RM 92.96 / gram

Ini adalah perbezaan RM3 antara harga belian dan harga jualan.

Perbezaan ini kecil dan menguntungkan pelabur.



Maybank Gold Savings Passbook Account.

Sebagaimana Public Bank Gold saving account, Maybank juga menyediakan akaun pelaburan emas.
Emas yang dijual adalah emas 24K (999.9).

Untuk membuka akaun ini anda cuma perlu ke Maybank cawangan berhampiran.

Amaun minima untuk membuka akaun simpanan emas Maybank adalah 5 gram.

Harga harian emas Maybank boleh dilihat di sini:
http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml

Amaun minima anda perlu simpan dalam satu-satu masa ialah 1 gram.

Untuk pembelian seterusnya, minima 5 gram diperlukan.

Pengeluaran emas fizikal.
Pemegang akaun simpanan emas Maybank boleh mengeluarkan emas fizikal jika mahu. Maybank menyediakan emas fizikal dalam berat 10gram, 20gram atau 50gram.

Pelanggan perlu membayar kos insurans dan penghantaran jika mahu mengeluarkan emas fizikal.

1. Saya dapati perbezaan harga belian dan jualan Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public bank.

Contohnya:

Pada 9 Jun 2008 semasa saya ke Maybank untuk melihat harga emas, saya dapati harga belian dan jualan emas Maybank adalah seperti berikut:

harga jualan = RM99.81 / gram
harga belian = RM92.36 / gram

bersamaan 7.464% ! agak tinggi bagi saya.

0 comments

Untusan Online!